Teknik Ternak Ikan Laga Jenis Fancy Plakat (Fancy Plakat Betta)

Pasti ramai di kalangan peminat ikan laga yang mengimpikan untuk membiakkan atau ternak ikan laga sendiri. Menjadi satu kepuasan peribadi jika dapat ternak ikan laga sendiri dengan warna dan corak yang diidamkan. Tetapi untuk ternak ikan laga ini, ianya bukan semudah disangkakan. Banyak faktor dan perkara asas yang perlu di sediakan terlebih dahulu.

Kami telah berkunjung ke rumah salah seorang penternak ikan laga jenis fancy plakat untuk melihat bagaimana dan teknik ternak ikan yang dibuat.

Saudara Zul Firdaus Omar ialah seorang penternak ikan laga jenis fancy plakat yang boleh dikatakan berjaya. Beberapa ikannya telah menjadi juara (kategori fancy) di banyak pertandingan yang diadakan di sekitar lembah klang.

Beliau juga banyak membekalkan ikan-ikannya kepada penjual di sekitar lembah klang. Dengan kualiti ikan fancy plakat nya yang sangat baik, permintaan sentiasa melebihi penawaran.

Beliau bercadang untuk membesarkan lagi tempat ternakan ikan laganya di masa depan.

Jom tonton video bagaimana teknik ternak ikan laga jenis fancy plakat yang di kongsikan oleh saudara Zul.

Ternak Ikan Laga

Ternak Ikan Laga

Teknik Ternak Ikan Laga Jenis Fancy Plakat Oleh Seorang Penternak Yang Telah Banyak Memenangi Pertandingan Ikan Laga