Penjual Ikan Laga Di Denda Sebanyak RM9,199

Tindakan seorang penjual ikan laga yang menjalankan perniagaannya dari rumah dengan hanya menggunakan aplikasi Telegram telah didenda sebanyak SGD3,000 (RM9,199) oleh sebuah mahkamah di Singapura. Penjual berkenaan menjadikan kediamannya di flat Ang Mo Kio sebagai sebuah kedai haiwan peliharaan.

Irfan, 28 tahun didenda S$3,000 di mahkamah pada Rabu (17 Mac) atas satu tuduhan menggunakan rumahnya sebagai kedai haiwan peliharaan untuk menjual 10 ekor ikan laga, juga dikenali sebagai betta, dan dua tuduhan sengaja menyimpan haiwan liar tanpa mendapatkan permit. – berita.mediacorp.sg

Selain menjual ikan laga (betta) lelaki berkenaan juga didapat memelihara/memiliki secara haram dua ekor haiwan reptilia jenis ‘bearded dragon’.

‘Central Bearded Dragons’, adalah sejenis cicak, berasal dari Australia dan reptilia yang terdapat di Singapura lazimnya diseludup masuk dari Johor Bahru.