Penjagaan Ikan Guppy (Induk Dan Fry) Yang Betul

Penjagaan Ikan Guppy yang betul (induk dan fry) haruslah menjadi perkara utama yang perlu diambil berat oleh penternak ikan guppy. Teknik penjagaan ikan guppy yang salah akan mengurangkan kualiti ikan.

Ramai sebenarnya yang masih salah anggap terhadap ikan guppy. Ramai yang menganggap ikan guppy setaraf ikan longkang atau ikan murahan. Ramai juga masih berfikiran ikan ini boleh diperolehi dengan harga murah, semurah RM1 seekor.

Salah itu.

Ikan guppy sekarang mempunyai warna dan kualiti yang lebih baik dan cantik berbanding ikan guppy dulu. Penternakan ikan guppy sendiri, boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan untuk sesiapa yang mengusahakannya.

Tahukah anda, terdapat ikan guppy yang jenis tertentu dan sukar ditemui boleh dijual sehingga RM2,500 sepasang.

Antara jenis-jenis ikan guppy yang berada di pasaran ialah Albino koi short body ribbon ballon, chocolate moscow, silverado short body ribbon dan fullgold short body. Semua spesies ini, diimport dari luar negara dan mempunyai harga yang cukup tinggi sama ada dipelihara sendiri, dibiak dan dijual kepada peminat ikan guppy.

Showroom Man’s Betta Guppy Gombak | Banyak Guppy Cantik !

Untuk mendapatkan kualiti ikan yang baik, penternak harus tahu cara menjaga ikan guppy yang betul, menguruskan induk dan fry ikan guppy dengan baik. Cara menternak ikan guppy tidak sama seperti menternak betta, seekor jantan dan seekor betina. Tetapi untuk guppy ianya memerlukan seekor betina dan dua ekor jantan.

Setelah induk betina bersalin / melahirkan anak (fry). Mereka harus dipisahkan. Ini kerana untuk mengelakkan dari induk memakan anaknya sendiri. Ada teknik yang betul dan mudah bagaimana untuk mengasingkan induk dan fry.

Antara yang paling penting adalah pastikan kualiti air sentiasa berada dalam keadaan baik. Penggunaan alat Total Dissolved Solids (TDS) sangat penting untuk menyukat kadar keasidan air (pH). Air berkualiti penting untuk penghasilan ikan yang berkualiti.

tujuh (7) jenis ikan air tawar yang mudah untuk di pelihara sebagai permulaan

Tips penjagaan lain anda boleh saksikan di dalam video di bawah.

Penjagaan Ikan Guppy

Teknik Dan Panduan Penjagaan Ikan Guppy