Penapis Air (Anti Klorin) Mudah Dan Murah

Penapis Air (Anti Klorin) boleh dibuat atau dihasilakan dengan mudah dengan kos yang rendah. Hasil sulingan air dari penapsi air ini juga setanding dengan mana-mana penapis air berjenama di pasaran.

Bagi seorang penternak ikan, tidak kira lah ikan laga atau ikan hiasan lain, sumber air yang bersih dan tidak mempunyai klorin adalah sangat penting.

Terdapat sesetengah penternak menggunakan teknik atau kaedah ‘peram air’ satu atau dua malam sebelum dimasukkan kedalam akuariuam.

Baca : Tujuh (7) Jenis Ikan Air Tawar Yang Mudah Di Pelihara Sebagai Permulaan

Kenapa klorin terdapat di dalam air paip kita?

Kerana untuk mematikan sebarang microorganisma di dalam sumber air kita dan air tersebut selamat untuk diminum oleh manusia. Proses pembasmian kuman dimana klorin didoskan pada kadar tertentu ke dalam air bertapis untuk membunuh bakteria berbahaya dan tidak memberi kesan keatas kesihatan.

Proses ini kebiasaanya berlaku di dalam tangki air simpanan sementara dimana tempoh tindakbalas (contact time) adalah lebih kurang setengah jam.Paras kandungan klorin yang dibenarkan didalam air minum adalah 0.2 – 5.0 mg/l.

10 INCH CTO CARBON BLOCK FILTER CATRIDGE

Bagi penternak ikan laga, air mempunyai peranan yang penting dalam warna dan kualiti ikan.

Jom tonton video di bawah.

Pemasangan Penapis Air (Anti Klorin)

Seorang penternak ikan laga dari Cheras, Selangor akan berkongsi kepada anda tutorial pemasangan penapis air anti klorin yang mudah dan ringkas. Penapis air ini boleh digunakan oleh penternak ikan laga yang mempunyai masalah ruang dan tempat untuk menyimpan air. Untuk menghubungi beliau, boleh dapatkan no. telefon dan facebook miliknya di bahagian akhir video ini. (**Jangan lah tengok separuh je video kami ni, tonton lah sampai habis)