Pelbagai Jenis Pilihan Ikan Hiasan Di Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Di kalangan peminat ikan hiasan lembah klang, Jalan Pasar, Pudu Kuala Lumpur sudah semestinya menjadi tempat wajib untuk di kunjungi. Ini kerana terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang dijual pada harga yang murah dan mampu milik.

Selain aktiviti penjualan ikan hiasan, di jalan pasar juga terdapat beberapa kedai yang menjual aksesori hiasan akuarium. Sudah semestinya harga yang ditawarkan juga tidak mengecewakan.

Antara jenis-jenis ikan yang boleh di lihat di sana ialah ikan laga, ikan guppy, ikan kelisa dan juga ikan emas.

Pilihan harga yang ditawarkan oleh penjual ikan di Jalan Pasar tersebut bermula dari serendah RM1 hingga ke ribuan ringgit.

Jom saksikan video yang kami kongsikan untuk anda semasa kunjungan kami ke Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Jangan lupa untuk tekan butang Subscribe di YouTube Channel kami.

Jalan Pasar Pudu Kuala Lumpur

Suasana dan aktiviti penjuala ikan di Jalan Pasar Pudu KL