Keistimewaan Dan Keenakan Hasil Laut Pulau Kaniogan, Sabah.

Perjalanan melalui jalan darat dan laut bermula di KLIA, Sepang membawa kami ke sebuah penempatan rumah air di sebuah pulau yang terpencil di dalam daerah Beluran, Sabah. Pulau Kaniogan terletak lebih 200km dari bandar Sandakan di diami oleh lebih hampir 300 orang keluarga etnik Bajau Laut.



Perjalanan menuju ke pulau ini adalah satu pengalaman yang baru untuk kami. Ianya bermula di KLIA dengan menaiki penerbangan terus ke Sandakan dengan dua jam masa perjalanan. Seterusnya dari lapangan terbang sandakan, kami perlu menaiki kenderaan darat selama 2 jam menuju ke Jeti Beluran. Dari Beluran kami perlu mengharungi perjalanan menaiki bot selama 2 jam menuju ke Pulau Kaniogan.

Sememangnya ianya satu pengalaman yang cukup berharga untuk kami.

Kami amat teruja melihat hasil laut negeri Sabah di sepanjang perjalanan kami ke Pulau Kaniogan.



Hasil tangkapan utama di Beluran yang kami dapat lihat ialah udang-udang yang bersaiz besar (XL) selain udang kami juga melihat udang galah (sepit biru) yang bersaiz lengan seorang lelaki dewasa.

Di pulau kaniogan pula, kami di jamu dengan hasil laut mereka seperti ikan Senangin, ketam, udang dan lain-lain lagi.

Senja Nan Merah Kaniogan



Pulau Kaniogan sememangnya memberikan satu pengalaman yang cukup indah buat kami.

Tonton episod pertama kami di sana.

====================================

Perjalanan kami ditaja oleh Care Canopy.
Untuk maklumat berkaitan pembekal canopy dan kelengkapan
kenduri, sila hubungi Helmi di sambungan 012-648 6865
www.carecanopy.com
FB : Care Canopy
IG : Bangi Marque
carecanopy@gmail.com

Untuk Penonton yang ingin merasai pengalaman bermalam dan aktivti
Nelayan di Pulau Kaniogan ini. Penonton boleh menghubungi
Saudara Ahmad Husaini di talian 013-234 6796 / 019-811 0580.

===============================

Jangan lupa untuk layari semua saluran media sosial kami

Blog : https://aquariaa.com
facebook : https://www.facebook.com/myaquariaa/
Instagram : https://www.instagram.com/myaquariaa/

================================

BUSINESS INQUIRIES :

Email : admin@aquariaa.com
WhatsApp : http://whatsapp.aquariaa.com
Facebook Messenger : http://bit.ly/msg_aquariaa

Trip Sabah - Ep. 1 : Sedap Dan Besar Hasil Laut Pulau Kaniogan, Sabah.

Dalam episod ini, crew kami telah mengikuti satu trip ke Pulau Kaniogan Sabah, bagi menghadiri jemputan majlis jalinan keluarga sekaligus membuat satu laporan menarik untuk dikongsi bersama anda.