Kategori Yang Terdapat Di Pertandingan Ikan Laga (Betta)

Pertandingan ikan laga (betta) di negara kita semakin meriah dan mendapat sambutan kebelakangan ini. Penganjuran pertandingan seperti ini sangat baik dan sering mendapat sambutan menggalakkan dari komuniti peminat ikan laga.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu kita dapat lihat penganjuran pertandingan ini dijalankan sama ada di wilayah utara, selatan, timur dan barat negara kita.

Pertandingan Ikan Laga

Penganjuran pertandingan sebegini secara tidak langsung, telah dapat menggalakkan industri pasaran ikan laga di Malaysia meningkat naik.

Penganjuran pertandingan ini juga boleh menggalakkan penghobi baru dan lama bersaing seacar sihat menghasilkan (breeding) ikan yang berkualiti bagi menyertai sesuatu pertandingan.

Baca : Penapis Air Anti Klorin Untuk Ikan Laga

Selain acara utama iaitu pertandingan tersebut, di setiap lokasi pertandingan biasanya akan dibuka gerai/meja jualan untuk mana-mana peniaga menjual peralatan atau kelengkapan menguruskan ikan dan juga menjual ikan laga. 

Sebagai pemula atau ‘pemain’ baru yang ingin menyertai pertandingan ini, anda perlu tahu kategori-kategori yang sering di pertandingkan.

Berikut adalah kategori-kategori yang sering kita lihat dalam sesuatu penganjuran pertandingan di Malaysia.

Kategori terbahagi kepada : –

a) Halfmoon
i) Dark / Light Solid
ii) Dark / Light Metalic
iii) Bicolor
iv) Marble
v) AOC

b) Halfmoon Plakat (HMPK)
i) Dark / Light Solid
ii) Dark / Light Metalic
iii) Bicolor/ Patern / Dragon
iv) Marble
v) Fancy
vi) AOC

c) Crown tail
i) Solid
ii) Patern
iii) AOC

d) Double tail
i) DTHM Solid
ii) DTHM AOC
iii) DPTK Solid
iv) DPTK AOC

e) Optional Class
i) Giant (kebiasaan perlu saiz 5cm ke atas untuk regular, 5cm kebawah untuk junior)
ii) Junior (kebiasaan perlu saiz 3.1cm kebawah)
iii) Female
(*** Saiz penyertaan ikan adalah ditentukan oleh penganjur pertandingan)

f) Wild Betta
i) Original wild
ii) Hybrid

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pemain-pemain baru di dalam dunia ikan laga.

KL Merdeka Challenge | Betta Competition 

Selayang Weekly Betta Battle | Apa Kata Penganjur