Karnival Ikan Laga Liar (Wild Betta) Pertama Di Malaysia

Karnival Ikan Laga Liar yang pertama di Malaysia ini telah berlangsung di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Karnival anjuran Persatuan Pencinta Ikan Laga Liar Malaysia ini telah berlangsung selama 7 hari bermula dari 16 – 22 September 2019. Ianya telah menarik ramai peminat ikan laga liar di seluruh Malaysia.

Karnival Wild Betta Malaysia

Menurut Presiden persatuan, Hj Zulkifli Mohd Salleh di Malaysia sebelum ini tidak pernah wujudnya pertandingan ikan laga liar (wild betta), atas sebab itu persatuan telah mengambil inisiatif menganjurkan karnival ini dan juga mengadakan pertandingan ikan laga liar ini.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi.

Menurut Datuk Munir, Malaysia pada satu ketika pernah menjadi pengeksport kedua terbesar dunia bagi ikan hiasan selepas Singapura, namun pada 2016, negara hanya berada di kedudukan kelapan dengan Singapura kekal di tempat pertama.

Malaysia juga mampu mengeluarkan 325 juta ikan dan 112 ikat tumbuhan akuatik pada 2017, industri ini telah menjana pulangan sebanyak RM340 juta kepada negara. Dengan mempopularkan ikan laga liar Malaysia, ia akan dapat menaikkan taraf profesionalisme pemain industri, sekali gus menarik peminat tempatan dan luar negara serta membuka pasaran ikan laga ke pasaran dunia.

Karnival tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 27 spesis ikan laga liar bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari beberapa negara Asia Tenggara lain.

Terdapat beberapa jenis ikan laga liar yang menarik perhatian.

Antaranya ialah ikan laga liar (wild betta) termahal dan ikan laga yang hanya boleh di temui di Tanjung Malim dan Sepang sahaja.

Semoga dengan penganjuran karnival ini, ianya dapat menaikkan lagi ‘nilai’ ikan laga liar Malaysia.

Tonton sebahagian daripada ikan laga liar yang dipamerkan semasa karnival berlangsung.

Sebahagian Ikan Laga Liar Yang Di Pamerkan