Ikan Larangan Di Bawa Masuk Ke Malaysia

Terdapat beberapa jenis ikan larangan yang tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Malaysia. Larangan ini bukan bertujuan untuk menyekat hobi atau sesuatu perniagaan, tetapi ianya lebih penting adalah untuk menjaga khazanah alam semula jadi (terutamanya ikan) agar terus berkekalan.

Jabatan Perikanan telah mewartakan Peraturan Perikanan (Larangan Import dan sebagainya bagi Ikan) 1990 bagi mengawal kemasukan spesies ikan eksotik ke dalam negara ini.

Spesis Ikan Yang Di Larang Import Ke Malaysia

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik premis menjual ikan hiasan jika dikesan mengimport, menjual dan memelihara genus (baka ikan) ikan larangan (hidup) tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Jika dikesan memelihara genus ikan larangan, pemilik premis akan diberi notis 30 hari untuk mendapatkan surat kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Jika selepas tempoh 30 hari diberikan tamat dan pemilik masih lagi lagi berdegil, ikan tersebut akan dirampas.

Sekiranya didapati berlaku pelanggaran arahan, tindakan akan diambil mengikut Akta Perikanan 1985, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdapat segelintir pengusaha atau peminat ikan hiasan yang membuang ikan peliharaan mereka ke dalam sungai atau longkang besar disebabkan beberapa faktor seperti kos makanan tinggi.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi, telah memberi peringatan kepada semua pengusaha atau individu peminat ikan hiasan, yang membuang ikan peliharaan mereka ke dalam sungai atau longkang besar, boleh mengundang gangguan keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan tempatan.

Lepisosteus

Ikan larangan yang dilepaskan itu boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara ini. Ini kerana terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan.

Perbuatan (melepaskan ikan) itu juga boleh menyumbang kepada punca bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

Antara punca perkara ini berlaku ialah kerana sikap mementingkan keuntungan, keseronokan dan tidak peka atau prihatin oleh segelintir penjual dan pemilik ikan kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada ekosistem asli perairan negara.

Senarai genus (baka ikan) dan spesies ikan dilarang import:

1. Serrasalmus/serrasalmo/pygocentrus/catoprian (Piranha)
2. Pygopritis (Piranha)
3. Colosomma (Pacu)
4. Mylossoma (Silver Dollar)
5. Mylopus/myleus (Pacu)
6. Pristobrycon (Piranha)
7. Myletes (Silver Dollar)
8. Salmo (Salmon)
9. Oncorhynchus (Salmon)
10. Cichla (Peacock Bass)
11. Esox (Northern Pike)
12. Cichlasoma (Flower Horn)
13. Acipenser (Sturgeon)
14. Arapaima (Ikan Naga)
15. Lepisosteus (Ikan Buaya)
16. Cherax Destructor (udang karang ‘Red Claw’)

// Rujukan :
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/417978/bahaya-lepas-ikan-larangan
https://www.hmetro.com.my/node/207742
http://maqisputeriharbour.blogspot.com/2013/08/pengenalan-kepada-ikan-terlarang-di.html