Ikan Aligator Gar Boleh Dimakan?

Ikan jenis Aligator Gar adalah jenis ikan yang dilarang bawa masuk ke Malaysia. Akta Perikanan 1985 menerusi Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, Bagi Ikan) Pindaan 2011 menyebut tiada sesiapa boleh mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan ikan berkenaan.

Tetapi bukan Malaysia sahaja yang melarang kemasukan ikan ini, terdapat beberapa negara lain juga yang turut melarang. Ini kerana ikan ini dikhuatiri akan merosakkan ekosistem perairan negara.

Ikan aligator gar ini mudah ditemui di kawasan tasik dan kawasan berpaya selatan Amerika.

Bagi penduduk di sana. Ikan ini menjadi salah satu jenis ikan yang boleh ditangkap dan dimakan.

Seorang youtuber dan pelakon dari Indonesia, Lucky Hakim baru-baru ini telah memuat naik ke dalam channel youtube miliknya, merasai isi ikan aligator gar.

Ikan berkenaan adalah salah seekor koleksi ikannya yang mati. Oleh kerana tidak mahu ikan itu dibuang begitu sahaja, ikan itu telah di bersihkan dan dipanggang. Cuma tidak ditunjukkan di dalam video berkenaan, bagaimanakah dia menyediakan dan membersihkan ikan berkenaan.

Jadi, bagaimanakah rasanya isi ikan Aligator gar?

Tonton video dibawah

Merasai Ikan Aligator Gar