Cara Membuat Low Tech Aquascape Tanpa CO2 Yang Mudah.

Buat peminat baru hobi aquasape, adalah disarankan untuk anda memulakannya dengan low tech aquascape. Ini kerana, untuk menghasilkannya cukup ringkas dan mudah untuk diselenggara. Low tech aquascape tidak memerlukan mesin atau peralatan untuk penghasilan Carbon dioxide (Co2).

Sebenarnya dalam seni aquascape, terdapat pelabagai jenis atau kaedah penghasilannya. Low tech aquascape adalah pilihan terbaik untuk peminat baru kerana tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. Cukup dengan menjaga kualiti air dan pencahayaan. Low tech aquascape juga boleh dihasilkan di dalam sebuah tangki/akaurium yang kecil.



Pilihan pokok di dalam low tech aquascape perlu di ambil kira. Ini kerana terdapat jenis pokok yang memerlukan Co2 yang tinggi dan ada yang tidak memerlukan Co2.

Dalam video ini, pihak Aquascape Malaya akan menunjukkan cara dan teknik menghasilkan low tech aquascape dengan cara yang mudah dan ringkas.

Ianya sangat sesuai untuk peminat baru hobi ini.

Membuat Low Tech Aquascape

Cara Memubat Low Tech Aquascape