Cara Dan Teknik Menguruskan Kutu Air Untuk Makanan Anak Ikan Laga (Betta)

Kami ingin kongsikan kepada anda cara dan teknik untuk menguruskan kutu air sebelum diberikan kepada anak ikan (fry) sebagai makanan utamanya. Kutu air menjadi pilihan utama ramai penternak ikan laga (betta) untuk diberikan kepada anak ikan laga yang berusia lebih kurang 2 ke 3 minggu.

Memberi makanan yang betul kepada anak-anak ikan laga (betta fry) adalah sesuatu yang perlu di ambil serius. Ini kerana, jika fry tidak cukup makan, ianya akan mati, seterusnya mengurangkan hasil ternakan.

Kutu air adalah makanan untuk fry paling banyak di berikan oleh ramai penternak (breeder).

Berdasarkan pengalaman ramai breeder, kutu air mempunyai sumber protein yang sangat tinggi dan sangat baik untuk fry.

>>> [READYSTOCK] Aquamaster Artemia Brine Shrimp Eggs 10g ,50g, 100g

Kutu air biasanya hidup di habitat ‘air mati’. Air mati disini maksudnya air yang tidak bergerak dan tidak ada aliran. Bila air tidak bergerak, itu bermakna kondisi airnya agak kotor. Oleh kerana itu, kutu air perlu diuruskan dengan betul sebelum diberikan kepada anak-anak ikan (fry).

Dalam video ini, kami telah pergi membeli air dari seorang penjual kutu air di Salak Selatan, Selangor.

Kami kongsikan juga beberapa nama/tempat penjual kutu air di sekitar lembah klang. Kalau nak tahu di mana? Tonton video ini sampai habis.

Cara Menguruskan Kutu Air Untuk Anak Ikan Laga